1

Sarawak-Negeri Kenyalang

Akhir bulan Lepas aku berkesempatan pergi sarawak... secara khususnya Kuching...
Gambar tugu kucing di Kuching

Kuching.. bandar yang bagi aku agak aman waktu aku pergi hari tu.. hari minggu pun aman.. cuma menurut "pakcik teksi" kat airport yang bawak aku ker hotel.. "Bandar Kuching ni sesak waktu time budak nak pergi sekolah dan balik sekolah.. sebab ada 7 sekolah utama yang terletak di dalama bandar dan di jalan-jalan utama..." Aku angguk jer macam faham... dan selepas tuh aku setuju dengan pakcik teksi tu selepas meng"explore" sendiri bandar kuching...

Actually kalau duk sarawak nih kena cuba beberapa makanan tempatan dan pergi ke beberapa tempat... dalam brochure kat airport tu ada tulis... Sila jangan malu-malu amik satu buat rujukan... karang sesat,... saper yang susah.. diri serndiri jugak...

Beberapa Perkara yang perlu di buat di Kuching...

1. Makan seafood di TOPSPOT
Gambar TOPSPOT waktu siang
"Sayur Midin"
"Full Course di TOPSPOT dgn harga RM 65++"
Layan ooo makan kat sini... macam-macam ada... kenyang giler... cuma gambar di sebelah nih dapat menerangkan segala-galanya.... aku makan berdua... kesimpulan yang aku dapat.. ko boleh melantak sepuas hati dengan harga yang berpatutan kat sini... takder lah mahal.. dan takder lah murah.. berbaloi jer...  gambar TOPSPOT nih kat sebelah... kalau korang nampak... yang ada gambar udang tuh.... kecik jer... sorry lah amik gambar siang.. camera henpon aku tak canggih biler amik gambar waktu malam... silau.... (^_^)v

Lupa plak.. kalau nak order tuh sila order "Sayur Midin" seperti gambar di sebelah... Sayur nbih femes kat sarawak.. aku rasa ada kat sarawak jer kot.... Sayur Midin nih sedap masak goreng belacan, goreng sos tiram, kalau nak buat goreng dengan ikan masin pun boleh... Sedap jer aku makan...

Satu lagi tempat seafood yang member bawak adalah Rock Road Restaurant.. famous dan kebanyakannya orang siap buat majlis kat sini... yang penting adalah HALAL... Kat Rock Road Restaurant ni.. ko kena bayar lebey sikit... aku tak tahu lah member aku bayar berapa sebab dia payung kiterorang makan kat sini... ayat dia.. "sekali sekala.. aper salahnya...".. Aku yang perut kenyang... alhamdulillah... thanks Monica for your courtesy...

2. Pasar Satok

Kat sini macam ala-ala pasar malam kat semenanjung... banyak barang jual kat sini.. dari batik sarawak sampailah kek lapis... Oleh sebab masa yang terhad... aku mencuba beberapa makanan yang sepatutnya di cuba sekiranya di Sarawak. Ianya adalah Laksa Sarawak...

Pasar Satok yang sibuk
Laksa Sarawak (yg sebelah kanan) dan Mee Jawa (sebelah kiri)
Laksa Sarawak nih boleh lah tahan rasanya dan tak lah pekat sangat. Sedap tuh dah tentu... Tapi agaknya sebab aku nih lahir kat terengganu, Laksa kuah lemak putih Terengganu tetap menjadi pojaan hatiku... =)

3. Mencari Kek lapis Sarawak

Sarawak nih femes dengan kek lapisnya yang pelbagai jenis.. biasanya orang kat semenanjung nih cuma bagi kek lapis time raya puasa,,, order direct dari sarawak tu... hehehe.. kalau korang nak kenal kek lapis... boleh tengok gambar di ni...


Yang paling femes adalah "Kek Lapis Dayang Salhah"... ramai giler orang pergi beli... aku termasuk lah... cuma  terluapa amik gambar... yang perlu korang buat ialah naik bot penambang ke seberang "Petra Jaya" sebab kedai dia kat situ... aku amik peluang naik bot penambang jugak... 50 sen jer tambangnya untuk menyeberang... pergi balik cuma RM 1.00
Jeti bot penambang untuk menyeberang ke Petra Jaya
Pengalaman naik bot penambang nih dah lama aku alami..sejak sekolah lagi menengah lagi... aku selalu naik bot penambang untuk menyeberang dari bandar Kuala Kangsar ker Sayong.. biasanya untuk menyertai perkhemahan Pengakap.. aku pun tak faham kenapa suka sangat buat kat Ssyong tu.. Aper-aper pun aku melihat ke"panik"an penumpang lain yang tak pernah naik bot penambang... aku ketawa dalam hati jer...

Satu lagi.. alang-alang membeli Kek Lapis Dayang Salhah ni.. beli lah sekali ikan terubuk masin yang di jual sebelahnya... Terubuk masin ni jugak agak popular di kalangan orang yang datang sarawak... kat sini, terubuk masin akan dibungkus dan di pek seeloknya untuk memudahkan kita menyimpan dan untuk dibawa naik kapalterbang...

Hampir terlupa.. satu lagi benda yang korang kena cuba makan di Sarawak adalah Mee Kolok. Mee Kolok nih macam Mee Megi yang di serve dengan Sup.. boleh tahan lah aku makan.. sedap... (aku rasa semua benda yang aku makan dari post atas yang korang baca adalah sedap... rasa macam tak reti rasa makanan plak...) Gambar Mee Kolok adalah seperti di bawah...
Mee Kolok
Aku rasa dalam 3 hari... kalau duduk kuching pada hari minggu, semua benda alah di atas hendaklah di buat.. untuk "Kampung Kebudayaan Sarawak" aku akan citer kemudian... sebab tempat nih jauh dari bandar kuching... di bawah kaki gunung Sentubong...

1 comments:

salammie said...

mana adiah aku dari srawak?..
x kan pegi balik tangan kosong je kot..
baru2 ni x dan nak mintak..ko letih sgt n trus tdo n jmpa pon pagi tu je jap b4 ko g keje?...

"zuly.mana adiah aku daa"..ko uat ngn nada P.Ramlee mintak butang baju melayu dalam cite anak bapak...heheheh